TAJUK:
Pengalaman bilal menguruskan surau
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 551
DISEDIAKAN OLEH:
Muhamad Nazrin Bin Ahmad
No. Matrik: 2010355325
Kumpulan: ASD2Ag
PROGRAM:
Diploma Kimia Perindustrian
1. Isi kandungan
2. Abstrak
3. Pendahuluan
4. Pengertian surau
5. Sejarah surau
6. Aktiviti surau
7. Penutup
8. Bibliografi
ABSTRAK
Surau merupakan tempat ibadat bagi umat Islam selain daripada masjid.Disitulah tempat umat islam sembahyang berjemaah bersama-sama dan menjadi pusat kebudayaan,perhubungan serta tempat penyebaran dakwah islamiah.Saiz surau adalah lebih kecil dari sebuah masjid.Surau digunakan oleh masyarakat setempat itu sahaja.Hubungan antara surau dengan pendidikan dalam Islam amat sebati dan tidak dapat dipisahkan.Semenjak zaman permulaan Islam lagi penyebaran ilmu dan pendidikan bermula dari masjid dan surau.Tambahan pula terdapat pelbagai aktiviti lain seperti majlis bacaan Yaasin,tadarus Al-Quran,sambutan hari kebesaran Islam dan sebagainya yang dijalankan di surau.Dengan kewujudannya aktiviti-aktiviti ini,dapat mengeratkan silaturrahim di antara masyarakat setempat dan dapat bekerjasama dalam mengendalikan sesuatu aktiviti itu dengan lancar dan sempurna,seperti bak pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Apa yang dilakukan secara berjemaah itu akan dapat keberkatan dan keredhaan daripada-NYA.INSYAALAH..
PENDAHULUAN
Assalamualaikum wbt....
Terlebih dahulu saya ingin memulakan bicara saya dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim.Bersyukur kepada Allah s.w.t dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan kerja kursus ini dengan mudah dan lancar.Dengan bantuan orang di sekeliling saya termasuklah keluarga saya dan rakan-rakan saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.Penghargaan yang tidak terhingga sekali kepada bilal Surau Nurul Iman ini iaitu Hj Harun b. Hj Sudin yang sudi menceritakan serba sedikit berkenaan dengan perjalanan aktiviti,program dan kegiatan-kegiatan keagamaan yang dilakukan di surau ini.
Tujuan esei ini ditulis adalah ingin menyempurnakan tugasan yang di beri oleh Ustaz Abd Aziz bin Harjin dalam subjek CTU551.Di sini,saya ingin berkongsi serba sedikit pengetahuan berkenaan dengan surau di tempat saya tinggal.Saya di fahamkan bahawa,surau ini terlalu banyak aktiviti atau program keagamaannya.Saya juga telah mendapatkan maklumat tentang sejarah surau ini.Saya berharap apa yang saya tulis ini mendapat manfaat dan pengetahuan untuk diri kita sendiri dan juga orang lain.Semoga Allah memberkati segala apa yang kita lakukan serta mendapat keredhaannya.
KONSEP SURAU
Surau boleh di definisikan sebagai tempat beribadat yang khusus seperti solat dan iktikaf bagi orang islam,dan juga menjadi pusat kebudayaan,muamalat(perhubungan) serta perkembangan dakwah islamiah.Surau adalah pusat aktiviti umat islam setempat.Surau tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap,malah boleh jadi sekadar bilik,tetapi ia bergantung kepada budaya masyarakat setempat.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai definisi surau.Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat adalah masjid,atau ada pula yang menyebutnya sebagai musolla(ejaan inggeris).Bagaimanapun, takrifan yang biasanya diterima pakai adalah masjid mempunyai merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat jumaat melebihi 3 kali.Sementara surau pula adalah tempat sembahyang yang digunakan kurang 40 orang dan tidak diadakan solat jumaat disitu.Musolla pula bererti tempat bersolat.
dan (ingatlah Wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia Dengan Bani Israil (dengan berfirman): "Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan Yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat". kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang Yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.
Surah di atas dipetik dari surah al Baqarah,ayat 83.Surah ini menceritakan tentang umat Islam hendaklah melakukan amar makruf nahi munkar.Umat Islam diwajibkan untuk menyembah Allah s.w.t serta berbuat baik sesama umat Islam tidak kiralah ibu bapa,kaum kerabat,anak yatim dan orang-orang miskin.Ayat ini juga menjelaskan kita haruslah berkata-kata yang baik dan diwajibkan umat Islam menunaikan solat serta memberi zakat.Surah ini berkait rapat dengan apa yang saya ingin kongsikan iaitu berkenaan tentang surau.
dan Demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi Sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman Dengan Segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan ugama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman Yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. oleh itu, sesiapa Yang kufur ingkar di antara kamu sesudah Yang demikian, maka Sesungguhnya sesatlah ia dari jalan Yang betul" Ayat ini diambil dari surah al-ma’aidah.ayat 12.
SEJARAH SURAU
Di sini saya ingin berkongsi berkenaan surau Kg Permatang Janggus. Bagi memenuhi keperluan tugasan yang telah diberi oleh En. Abd Aziz bin Harjin dalam kursus Tamadun Islam dan Asia (CTU 551), saya telah mewawancara seorang bilal di surau ini yang bernama Hj Harun B. Hj Sudin untuk mengetahui perjalanan aktiviti,program dan kegiatan-kegiatan keagamaan yang dilakukan oleh penduduk kampung. Bilal ini berusia 64 tahun dan sudah berpencen.Rumah bilal ini berdekatan dengan rumah saya yang memudahkan saya menemuramah beliau.Beliau menceritakan bahawa surau ini telah dibina sejak tahun 1989,ini bermakna usia surau ini telah menjangkau usia 21 tahun. Kekurangan modal menjadi punca kepada pembesaran saiz surau ini dilakukan secara berperingkat. Dahulunya surau ini dijadikan sebagai sekolah agama rakyat pada tahun 1993 sehingga tahun 1999, sebelum menunggu pembinaan sekolah agama yang baru. Lebih kurang 6 tahun Murid-murid terpaksa menumpang di surau ini untuk belajar sementara menunggu bangunan sekolah itu siap di bina. Pada tahun 2000,sekolah agama rakyat yang baru telah siap dibina. Disebabkan itu,semua murid-murid telah berpindah untuk belajar di sekolah agama rakyat yang telah siap dibina.Lokasi surau ini betul-betul di tengah dalam kawasan perumahan saya ini.Imam surau ini adalah Hj Yahya B. Abd Manan.Hj Yahya ini yang berumur dalam lingkungan 60-an.Beliau sudah berpencen dan sekarang ini beliau memikul tanggungjawab yang banyak antaranya,sebagai naib kadi dan amil zakat fitrah di bahagian kawasan Manjung ini serta mengajar mengaji di surau ini.
AKTIVITI SURAU
Surau ini mempunyai ahli jawatankuasa yang telah dilantik melalui mesyuarat agong yang diadakan tiap-tiap tahun oleh pihak taman perumahan ini.Ahli-ahli jawatankuasa ini telah dibahagikan tugas masing-masing.Ahli-ahli jawatankuasa inilah yang menggerakkan surau ini aktif seperti surau-surau yang lain. Aktiviti-aktiviti surau ini terbahagi kepada 10 bahagian yang di panggil sebagai lajnah. Antara aktiviti lajnah itu ialah dakwah,belia,kebajikan,keselamatan,pembangunan,kebersihan,harta dan wakaf,sajian,pinggan mangkuk,dan muslimat. Setiap lajnah ini mempunyai ahli jawatankuasanya tersendiri yang menjalankan tugas ini dengan berkesan dan sempurna.Untuk lajnah dakwah,antara aktiviti tersebut adalah; majlis ilmu dan ceramah hari kebesaran islam. Contoh ceramah hari kebesaran islam itu ialah Maulidur Rasul,Isra' Mikraj dan Maal Hijrah. Penceramah-penceramah untuk program ini telah diaturkan oleh ahli jawatankuasa yang dilantik.Lain-lain aktiviti di bawah lajnah dakwah ini ialah aktiviti tadarus Al-Quran bagi remaja di bulan ramadhan,mendapatkan penceramah kuliah subuh di bulan ramadhan,mengadakan bacaan yassin sempena malam Nisfu Syaaban dan bagi para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan,dan mengadakan perarakan sempena menyambut Maulidur Rasul.Perancangan untuk yang akan datang pula ialah ingin menambahkan ustaz bagi mengisi jadual yang masih mempunyai kekosongan,membuat satu pusat sumber kecil,mewujudkan kumpulan marhaban remaja dan mencari formula bagi menarik minat kaum ibu untuk menghadiri kuliah-kuliah agama dan berjemaah di surau.
Aktiviti di bawah lajnah belia pula adalah aktiviti tadarus Al-Quran bagi remaja di bulan ramadhan,mewujudkan bantera remaja bagi membantu kenduri kahwin dan bekerjasama dengan lajnah dakwah untuk melibatkan seramai mungkin remaja di dalam setiap program surau dan kemasyarakatan.Aktiviti lajnah kebajikan termasuk ibadah korban dan ibadah aqiqah sempena Hari Raya Aidiladha serta sumbangan kewangan kepada anak-anak yatim.Surau ini telah menyediakan tabung kutipan untuk anak-anak yatim.Setiap sumbangan yang diperoleh daripada pelbagai pihak,pihak surau akan mengagihkan kepada anak-anak yatim yang ada di taman perumahan ini.Tabung surau ini bukan sekadar untuk di sumbangkan kepada anak-anak yatim sahaja tetapi juga bertindak untuk menampung keperluan surau ini.Contoh-contoh keperluan tersebut seperti membayar bil air dan elektrik,menanggung kos-kos penyelenggaraan di surau ini.Ahli jawatankuasa surau telah bekerjasama dengan ahli jawatankuasa taman ini untuk mengawasi gejala sosial anak remaja dan juga mengawasi keselamatan kawasan surau dan taman perumahan ini secara keseluruhannya,semua perkara ini adalah di bawah tanggungjawab lajnah keselamatan.Masalah sosial yang terlibat adalah menghisap gam dan melepak.Kerjasama daripada semua pihak adalah penting untuk membanteras gejala yang tidak sihat ini.Penyelenggaraan kerosakan yang berlaku di kawasan surau ini adalah di bawah tanggungjawab lajnah pembangunan.Contoh penyelenggaraan tersebut ialah tandas dan baiki saluran air yang tersumbat serta menggantikan atap yang bocor.Aktiviti lajnah kebersihan termasuklah senggaraan di dalam bangunan dan di luar bangunan.Senggaraan dalam bangunan seperti pembersihan karpet,kipas,cermin tingkap,langsir dan sebagainya.Senggaraan luar bangunan seperti membuat dan memelihara lanskap,pembersihan balai lentang,tandas,kolah dan sekitar kawasan surau.Amalan gotong royong juga di amalkan untuk membersihkan surau dan persekitarannya sempena menyambut bulan ramadhan dan Hari Raya Aidiladha.Semua muslimin dan muslimat terlibat untuk menjayakan aktiviti ini untuk kebersihan dan kerohanian surau ini.Seterusnya lajnah harta dan wakaf,lajnah ini terbahagi kepada dua bahagian,iaitu harta wakaf kekal dan harta wakaf sementara.Harta wakaf kekal ialah barang-barang yang tidak mudah rosak dan kekal lama.antara barang-barang tersebut seperti almari kayu,meja,kerusi,penghawa dingin,P.A System,karpet,kitab,kipas angin dan lain-lain.Harta wakaf sementara pula ialah barang-barang yang mudah rosak dan pecah.Perancangan yang telah dirancang oleh pihak ahli jawatankuasa ialah ingin melupuskan barang-barang yang rosak dan pecah serta menyenaraikan barang-barang yang masih kekal hasil sumbangan dari penduduk setempat dan belian dari tabung surau.
Aktiviti seterusnya ialah lajnah sajian.Objektif lajnah ini adalah bertujuan memberi perkhidmatan dalam bidang sajian kepada jemaah Surau Nurul Iman khasnya dan masyarakat setempat amnya.Aktiviti-aktiviti di bawah lajnah ini ialah memasak dan menyediakan jamuan berbuka di bulan ramadhan,memasak dan menyediakan jamuan pada Hari Raya Aidiladha,memasak dan menyediakan jamuan sempena ceramah Awal Muharam serta kenduri tahlil dan selamat pada malam jumaat.Difahamkan bahawa kerjasama daripada ahli jawatankuasa lajnah sajian dan masyarakat setempat amat memberangsangkan.Aktiviti di bawah lajnah pinggan mangkuk pula ialah memberi perkhidmatan peralatan kenduri kendara kepada ahli-ahli tanpa sewaan.Segala kerosakan peralatan tidak kiralah pecah atau hilang hendaklah di ganti baru.Perkhidmatan untuk yang bukan ahli pula dikenakan dengan kadar sewa yang tertentu serta sebarang kerosakan hendaklah diganti.Memberi perkhidmatan percuma kepada Surau Nurul Iman pada penggunaan bulan ramadhan dan majlis kenduri di surau.Perancangan yang akan datang ialah menambah kemasukan baru di kariah taman ini dan menambah peralatan dari masa ke semasa.Lajnah terakhir surau ini ialah lajnah muslimat.Lajnah muslimat adalah biro yang diwujudkan khusus untuk kaum wanita.Lajnah ini bertanggungjawab dalam mengendalikan kuliah-kuliah sebagai satu cabang ilmu kerohanian bagi membantu kaum wanita untuk menimba ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah serta untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah.Bukan sahaja untuk individu itu sendiri malah adalah untuk rahmat dan barakah dari Allah untuk semua penduduk taman dan dipersekitaran. namun,sejauh mana kuliah-kuliah dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh lajnah muslimat dapat memberi kesan dan kefahaman yang positif adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Kuliah-kuliah di bawah lajnah ini ialah tajwid,fekah,tauhid,tasawuf,bacaan Al-Quran,kuliah di bulan ramadhan,bacaan yassin bulanan,bacaan yassin peperiksaan,tadarus Al-Quran,khatam Al-Quran dan ceramah Maal Hijrah.Berkenaan dengan tabung surau ini,bendahari surau ini akan mengutip sumbangan derma ikhlas dari rumah ke rumah untuk kegunaan surau ini.Contoh kegunaan ini ialah untuk membayar bil elektrik dan bil air pada tiap-tiap bulan serta kos penyelenggaraan surau ini.Surau ini akan di besarkan mengikut perancangan oleh ahli jawatankuasa surau ini.Mereka telah memutuskan untuk meminta dari setiap rumah di kawasan perumahan ini untuk memberi sumbangan sebanyak RM150 setahun bagi pembesaran surau ini.Penduduk kawasan perumahan ini boleh menyumbangkan seberapa banyak yang mereka ikhlas ingin di beri.Pembesaran surau ini memberi kebaikan kepada setiap penduduk kawasan ini untuk merasa lebih selesa solat berjemaah dan untuk melakukan aktiti dan program keagamaan jika surau ini di besarkan.Perancangan ini mendapat sokongan yang kuat daripada semua penduduk dan mereka memberi kerjasama yang memberangsangkan.Semoga apa yang dirancangkan ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.INSYALLAH.....
Kesimpulannya,apa yang saya telah kaji berkenaan surau ini ialah membuatkan saya rasa kagum dan berbangga dengan pencapaian surau di kawasan perumahan saya ini.Kerja kursus ini memberi banyak manfaat dan menambahkan ilmu pengetahuan saya berkenaan dengan agama Islam ini.Surau ini walaupun bersaiz kecil,tetapi begitu padat dengan nilai-nilai agama dan menambahkan keimanan kita kepada Allah s.w.t.Saya berharap pada masa akan datang,lebih ramai orang akan menyumbangkan dana atau kerahan tenaga serta dapat bersama-sama mengimarahkan surau ini.Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amatlah penting untuk merealisasikan apa yang telah dirancang.
BIBLIOGRAFI